Friday 6 May 2016

KESAN BURUK MEROKOK


Kematian orang dewasa akibat menyedut asap rokok orang lain adalah hampir sama di semua negara tidak kira negara miskin atau kaya.

Kira-kira 60 peratus kematian itu disebabkan penyakit jantung, manakala 30 peratus lagi akibat jangkitan paru-paru, dan bakinya disebabkan asma dan kanser paru-paru. (Utusan Melayu)


Apakah kesan-kesan buruk yang aka terjadi jika berterusan merokok?

KESAN ROKOK TERHADAP PEROKOK


Perokok akan diserang pelbagai penyakit yang berpunca daripada tembakau. Mereka akan mengalami penyakit sekatan pulmonary kronik (COPD) yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas, batuk berkahak, dan memberikan kesan kepada jantung. Hal ini demikian kerana mereka akan menyimpan satu persepuluh partikel asap dalam jantung mereka dan menggandakan risiko mati.

KESAN ROKOK TERHADAP ALAM SEKITAR
Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran. Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedesyang  menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti demam denggi.
Tahukah anda?
Merokok juga menyumbang sebanyak 25 peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat.

KESAN ROKOK TERHADAP PEROKOK PASIF

Perokok pasif adalah orang yang menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok secara tidak langsung. Kepekatan bahan kimia beracun seperti bahan karsinogen, nikotin, karbon monoksida, benzen, formalsehid dan hidrogen sianid yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini adalah kerana, asap rokok akan disedut ke dalam paru-paru tanpa  ditapis . Gangguan pernafasan sering terjadi kepada seseorang yang menghidu asap rokok yang terlampau banyak.




PETUA UNTUK KURANGKAN KETAGIHAN MEROKOK

MADU



 Makan madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam darah.


HALIA DAN BAWANG PUTIH


 Halia dan bawang putih dapat membantu untuk mengatasi keinginan merokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu melepaskan racun-racun yang berpunca daripada merokok Selain itu, ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika menarik diri daripada kebiasaan merokok.



EPAL


Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan rokok Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Malah, tekstur epal juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok

Untuk cara atau petua lain anda boleh KLIK PAUTANINI.


Actually ramai sebenarnya diluar sana sudahpun berjaya megurangkan ketagihan / berhenti merokok. Seeloknya jika anda mahu behenti/kurangkan merokok, beritahulah kepada ahli keluarga anda agar mereka sama-sama dapat membantu anda.  Pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan ketagihan/ berhenti merokok, tak kurang juga yang mengamalkan bantuan supplemen. KLIK SINI untuk lihat testimonial bagaimana perokok ini berjaya berhenti merokok.


Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan, hubungi saya ruzanna ditalian 012-5932706.

0 comments: