Thursday 14 April 2016

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA BERPANTANG

Kredit: anugerah.com



Amalan berpantang selepas bersalin adalah satu kaedah pemulihan secara tradisional di dalam satu jangka masa tertentu untuk wanita yang baru melahirkan anak. Ianya masih diamalkan sehingga ke hari ini dan diwarisi sejak turun temurun di kalangan masyarakat Asia terutamanya orang Melayu.
Tempoh berpantang biasanya berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu dari hari kelahiran anak. Tumpuan utama rawatan adalah untuk membantu mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal, memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka akibat kelahiran, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Dipercayai jika rawatan ini tidak dijalankan, dikhuatiri rahim akan kendur dan wanita akan kelihatan tua daripada usianya.


Kebaikan melalui tempoh berpantang



Dari sudut kesihatan, tempoh berpantang ini adalah tempoh rehat serta satu proses membaikpulih tubuh badan setelah bersalin samada secara normal atau pembedahan. Ia juga dapat mengelakkan tubuh badan dari dijangkiti kuman dan bakteria.
Dari sudut pemakanan pula, si ibu akan mendapat khasiat dan nutrien yang diperlukan untuk mengembalikan kecantikan dan kelangsingan tubuh badan. Selain daripada itu, pemilihan makanan juga dititikberatkan untuk mengelakkan si ibu mendapat masalah kesihatan.
Waktu berpantang juga dapat menenangkan fikiran dan emosi ibu setelah tempoh bersabung nyawa melahirkan anak. Inilah masa untuk berehat dan memberikan sepenuh tumpuan untuk diri sendiri dan anak yang baru dilahirkan. Tempoh berpantang dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dengan anak serta dengan keluarga.

Makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang

MAKANAN BERBISA

Ayam yang bersifat protein dan sering di jadikan rendang sebagai menu hari raya. Ianya sebenarnya bersifat 'bisa' yang boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin dan boleh menyebabkan pendarahan bagi ibu yang sedang di dalam pantang. Selain ayam, telur, ikan bawal, ikan terubuk,  ikan pari dan ikan sembilang juga antara makanan yang berbisa dan tidak di galakkan ibu berpantang untuk mengambil makanan ini.  Ia juga boleh menyebabkan bentan pada pintu rahim. Mengikut petua Melayu, ikan haruan dan ikan yu  antara makanan yang di cadangkan bagi ibu yang sedang berpantang. Kerana di percayai boleh memperbanyakkan susu ibu, menyembuhkan luka luaran dan dalaman.


MAKANAN BERSIFAT SEJUK


Antara buah dan sayuran yang bersifat sejuk ialah kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang. Makanan bersifat sejuk ini boleh memudaratkan kesihatan ibu yang sedang berpantang. Kerana boleh menyebabkan kembung, kejang otot dan sakit badan. Laksa, bunga kantan dan daun kesum juga tergolong dalam makanan bersifat sejuk yang perlu ibu berpantang elakkan. Ianya boleh memberi kesan tidak bagus pada kesihatan yang berkaitan dengan urat.


UBI-UBIAN


UBI-UBIAN seperti keledek, keladi dan ubi kayu boleh mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut.


Diakui bahawa tiada kajian perubatan yang mengatakan setiap ibu bersalin perlu berpantang. Tetapi, kepercayaan turun temurun nenek moyang dahulu telah terbukti amalan ini akan mengembalikan tenaga dan kesihatan yang baik untuk ibu selepas berpantang.


Vivix Shaklee dan berpantang


Sebenarnya terdapat beberapa jenis yang boleh dimakan semasa di dalam proses berpantang. Salah satu daripadanya adalah vivix Shaklee.
Seperti yang kita ketaui vivix Shaklee mengandungi 1001 khasiat yang dapat membantu proses penyembuhan penyakit. Jom kita lihat testimonial di bawah bagaimana mereka berpantang dengan vivix Shaklee.




“luka jahit banyak sangat sampai nak duduk pon sakit.. selepas 3 hari consume vivix Alhamdulillah terus hilang sakit….”  - Pn ainul fadzilah-

“consume vivix ketika pantang bagi extra energy dan milk booster….”  -pn. fazilah-

Bulan April 2016 ni Shaklee masih lagi teruskan promosi twin pack vivix Shaklee.. nak tengok lebih lanjut boleh KLIK SINI.

 Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya Ruzanna ditalian 012-5932706.


0 comments: