Monday 25 April 2016

KEBAIKAN BERAS PERANG UNTUK MEMBANTU ANDA MENURUNKAN BERAT BADAN

Sapa sini yang nak diet tapi tak boleh tinggal makan nasi? Ye kita serupa, saya pon jenis yang tak boleh kalo tak makan nasi. Tapi jangan risau, anda masih lagi boleh berdiet dengan makan nasi dengan makan beras yang baik untuk diet, Salah satunya ialah beras perang. Kalo nak tau beras perang ni kaya dengan fiber, Yes fiber! Fiber kan diperlukan untuk membantu kita menurunkan berat badan.
Actually beras perang ni mahal sikit harganya tapi baik untuk kesihatan disamping untuk kita berdiet. So today jom saya kongsikan sedikit info mengenai beras perang ni.

APA ITU BERAS PERANG

Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar, sejenis biji-bijian semula jadi lengkap. Ia mempunyai perisa sedikit berkacang, adalah lebih kenyal dan lebih berkhasiat daripada beras putih, dan menjadi tengik lebih cepat. Mana-mana beras, termasuk biji-bijian panjang, biji-bijian pendek, atau pulut, dapat dimakan sebagai nasi perang.(Wikipedia)

BEZA BERAS PERANG DAN BERAS PUTIH

Proses penghasilan beras perang hanya mengupas sekam padi. Maka, terlalu sedikit zat-zat makanan yang terkandung didalamnya yang hilang. Manakala proses penyosohan dan penggilatan bijiran beras untuk menjadikan beras putih telah mengeluarkan kira-kira 67% vitamin B3, 80% vitamin B1, 90% vitamin B6, 60% besi, 50% manganese, 50% fosforus, hampir semua serat makanan dan asid lemak, jenis minyak dalam bran yang sangat bermanfaat untuk kesihatan juga turut hilang. Beras perang dan beras putih masih mempunyai jumlah kalori dan karbohaidrat yang sama.

KELEBIHAN BERAS PERANG
  • Beras perang mengandungi mineral magnese.
  • Ia mengekalkan berat badan yang ideal.
  • Beras perang mengandungi selenium dan fiber sebagai anti kanser.
  • Boleh menurunkan kolestrol dalam badan.
  • Sangat baik untuk wanita yang sudah monopause untuk menjaga jantung dan darah tinggi.
  • Dapat mengurangkan penyakit kencing manis jenis 2.
  • Ia mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi dan fostat.
  • Beras perang mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.


SIAPA YANG SESUAI MAKAN BERAS PERANG? 



Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah. Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks


Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.



Oleh itu apa kata kita bertukar kepada pemakanan yang lebih berkhasiat. Mungkin kita boleh selang selikan, sekali sekala beras yang sedia ada di makan di rumah dengan beras perang, beras kukus dan basmathi. Stay tuned for my next entry saya akan kongsikan satu lagi jenis beras yang baik untuk diet menurunkan berat badan anda.

0 comments: