Thursday 14 April 2016

8 CARA DETOX SEMULAJADI

Kredit: women online magazine

Entry sebelum ni saya dah kongsikan kenapa tubuh kita perlu detox (KLIK SINI). Hari ni saya akan kongsikan pula 8 cara detox secara semulajadi.

Berikut adalah 8 cara  semulajadi yang mudah untuk detox.
1. Air Putih



Air putih atau air masak boleh membantu menghilangkan racun di tubuh melalui peluh dan ‘urine’ yang dikeluarkan. Sekurang-kurangnya minumlah 8 gelas air putih sehari ye.

2. Bersenam (berpeluh)



Berjalan kaki, berlari, berbasikal yang mana boleh membuatkan anda berpeluh secara semulajadi. Berpeluh boleh membantu menghilangkan ‘longgokan’ racun pada tubuh dan kulit anda.

3. Lobak Merah



Lobak merah juga berperanan besar sebagai media pembersih daripada tumpukan racun yang ada di dalam tubuh seperti racun pada organ usus besar dan hati anda.

4. Kurangkan pengambilan gula



Pengambilan gula secara berlebihan bukan sahaja mengudang penyakit seperti penyakit kanser, diabetes mahupun jantung, malah ia boleh meracuni tubuh anda.

5. Buah Anggur



Buah anggur terutama anggur hijau sangat efektif menghilangkan racun di dalam tubuh anda.

6. Buah Betik



Buah betik dikatakan sangat efektif sebagai pelindung tubuh daripada pelbagai radikal bebas daripada udara yang kita hirup. 

7. Makanan Berserat



Makanan berserat dapat membantu membersihkan sistem dan menghilangkan zat kimia berbahaya atau zat kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh..

8.  Lemon Suam Dicampur Madu



Salah satu cara yang paling selalu dipraktik untuk menghilangkan racun dari dalam tubuh adalah dengan minum air suam yang telah dicampur lemon dan madu pada setiap pagi. Lakukan pada setiap pagi, sebelum anda mengambil makanan lain.

Semoga info ini bermanfaat untuk kita semua .





0 comments: