Tuesday 28 July 2015

Frying pan yang sesuai untuk induction cooker

Assalamualaikum, hai salam sayang semua.


Kali ni entry saya excited sikit sebab saya dah bejaya mencari frying pan yang sesuai untuk induction cooker saya ( klik sini untuk story induction cooker). Mana taknye jenuh jugak la nak cari, col kawan-kawan , menggoogle nak cari pan yang sesuai. 

Saya col kawan baik bertanyakan perihal induction cooker ni. Rupanya induction ni ade dua jenis yang jenis bergetar dan jenis lingkaran mcm api tu katanya. Saya punya jenis bergetar sebab tu susah sikit nak cari pan yang sesuai. Dia suh saya google, dengan rajin saya google akhirnya kat satu blog ni nama umi bagitau bleh cari kat Aeon. 

Akhirnya ditemani adik tersayang maka berangkatlah kami ke Aeon. Cari kat part pan yang tergantung nampak la pan macam kat ipc bawah ni:


Masa nak beli mula la teragak-agak boleh ke tak guna, setelah dibelek pan dalam pic tu macam meyakinkan jadi saya beli harga taksilap RM 44 ++ jenama Topvallu. Balik je ke umah sewa saya pon try la letak pan ni. Dalam hati takut jugak la kot naik E1 lagi tapi alhamdulillah boleh detect. Lepas ni mudah la sikit proses nak goreng ke nak menumis ke nak bakar ke kan hehe. ok la next entry saya akan kongsikan resei yang saya akan masak pakai frying pan ni k. stay tuned!


0 comments: