Monday 1 June 2015

KESAN-KESAN OBESITI TERHADAP KITA

OBESITI 

Obesiti merupakan sejenis penyakit nutrisi. Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa di Negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun. Percaya atau tidak, penyakit obesiti kian membimbangkan di kalangan rakyat Negara ini. (KLIK SINI UNTUK ARTIKEL OBESITI) Sesetengah pihak mungkin memandang enteng terhadap perkara ini namun pelbagai implikasi negatif berpunca daripada obesiti.

KESAN OBESITI TERHADAP MANUSIA


Sakit Jantung

Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ tubuh kitadan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi.Mereka yangmengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan 25 ke atas terdedah dan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidaknormal Darah TinggiMereka yang mempunyai berat badan berlebihan berekemungkinan mendapat tekanan darahtinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yangrendah di dalam darah pengidap obesiti.Trigliseride yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat. Apabila ruang salur darah telah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat.



Kanser

Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon, gall bladder , prostat, buah pinggang dan postmenopausal, breast kanser




Penyakit Kencing Manis

Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengambilan gula yang berlebihan danmempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang individu tersebut mudahterdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yangmungkin menjadi punca kepada masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkandengan tumor darah.




Emosi Tidak Stabil


Seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan seringmenganggap dirinya tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami depresi kerana tidakdapat menghadapi hidup yang normal dan aktif seperti orang lainKesan Obesiti Terhadap Kesihatan MentalMarkus M, (2002) menyatakan kesan sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan mental.


0 comments: