Sunday 31 May 2015

Faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya obesiti


Assalamualaikum salam sayang semua.. semalam saya dah kongsikan mengenai obesiti atau kegemukan yang menjadi salah satu daripada 10 penyakit berbahaya di malaysia (klik sini). ..hari ni saya nak kongsikan sikit faktor yang boleh mempengaruhi obesiti.

Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?





Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.




Indeks Jisim Tubuh (BMI) Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)

Nota:

Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:

• berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun

• mengandung atau menyusukan anak

• seorang ahli sukan yang aktif


Faktor risiko obesiti adalah:
·         Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan
.
·         Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.

·         Faktor keturunan.

·         Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.

·         Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi.

·         Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.

·         Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti

Next entry saya akan kongsikan kesan atau implikasi akibat dari obesiti ni ye...





0 comments: