Friday, 23 June 2017

TIPS PENJAGAAN KULIT WAJAH

Sapa yang taknak kulit cantik kan? Lebih-lebih lagi kaum wanita, memang amat menitik beratkan kecantikan kulit wajah. Berikut beberapa tips saya kongsikan untu penjagaan wajah.

TIPS PENJAGAAN KULIT WAJAH

Untuk Kulit yang Normal:

-Jangan berlebihan dalam menggunakan pencuci muka.Cuci muka 2 kali sehari.
-Elak guna sabun atau kosmetik yang mengandungi bahan kimia.


Bagi Kulit Muka yang Sensitif:

-Jangan pakai bedak atau kosmetik yang tidak sesuai
-Jangan makan makanan yang berpotensi bagi kulit muka korang gatal
-Guna produk kosmetik yang khusus untuk Kulit sensitif


Selain tips diatas, anda juga boleh mengamalkan pemakanan makanan tambahan untuk penjagaan kulit wajah dari dalaman.

CARA PUAN ZAINAH MUKHTAR MENJAGA KULIT MUKASEHINGGA  SEMAKIN CERAH SEKATA





Assalamualaikum


Nama saya Zainah Mukhtar. Saya pengguna dan juga pengedar vitamin Shaklee.


Saya dah makan hampir semua vitamin shaklee sejak 2 tahun lalu, ada 4-5 jenis yang belum. Vivix adalah yang terbaru saya cuba. Sebelum ni memang selalu tengok kawan-kawan dan pelanggan jer yang bercerita tentang keberkesanan vivix ni. Terdetik juga dalam hati, satu hari aku mesti cuba vivix. 


Dipendekkan cerita, saya dapat sebotol vivix hasil daripada bermain kutu. Sebab vivix ni agak mahal untuk saya sebagai seorang surirumah, jadi nak cuba punya pasal main kutu vivix la.


Sebelum minum vivix saya memang dah amalkan vitamin2 lain juga seperti ESP, VITA C, VITA E, B COMP, OSTEMATRIX, GLA, ALFALFA dan beberapa lagi. Setiap hari memang ambil vitamin2 ni semua. Saya ambil untuk menjaga kesihatan dan untuk kecantikan.



Saya teruja sangat dengan vivix ni. Saya nak buat 'eksperimen' kat diri sendiri. Sebelum ni ramai dah cakap vivix ni best, vivix ni vivix tu, jadi tiba masa saya pula nak cuba.


Saya berhenti ambil vitamin2 yang lain kecuali ESP 3 hari sebelum minum vivix. Saya dengan ESP ni kawan baik, waktu sarapan mesti minum segelas ESP. Saya jarang ambil sarapan yang berat2, cukup segelas ESP untuk memberi saya rasa kenyang dan tenaga sehingga waktu makan tengahari.



Maka saya cuba vivix satu sudu kecil buat permulaan selama 3 hari. Selepas 3 hari saya ambil 1 sudu besar pula. Saya mula perasan ada perubahan bila saya tengok cermin selepas bangun tidur. Wow!! Sangat luarbiasa kesan vivix ni, kulit wajah saya nampak lembap dan pori2 terbuka dah berkurang. Lepas seminggu tona kulit dah nampak makin lebih sekata dan semakin cerah. Saya senyum sorang2 depan cermin, seronoknyaaa


Sekarang barulah saya percaya yang vivix ni betul2 memberi kesan untuk awet muda. Sebelum ni macam kurang percaya sebab tak cuba sendiri. 


Saya memang takde pakai krim kecantikan. Krim malam NutriWhite yang saya pakai sebelum ni pun dah lama habis sebelum saya minum vivix. 

Jadi saya sangat syorkan pada semua yang nak wajah awet muda tapi malas nak makan vitamin banyak2 atau nak tepek krim siang malam, elok sangat minum vivix 1 sudu sebelum tidur. Bangun pagi tengok cermin mesti senyum sorang2.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tak cuba maka tak tahu. Begitulah dengan vivix, mesti kena cuba sendiri.

Itulah kesan vivix kepada saya. Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.




PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.


Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:





Thursday, 22 June 2017

PETUA MENCERAHKAN DAN MENCANTKKAN KULIT WAJAH


Korang tengah buat apa tu? Tengah tercari-cari petua untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit? Jom saya kongsikan beberapa petua yang anda boleh cuba.


PETUA MENCERAHKAN DAN MENCANTKKAN KULIT WAJAH

1.Minum Air Putih Secukupnya



Tubuh perlukan air bersih untuk membantu menggantikan sel mati. Minum air sekurangnya dua liter sehari bagi memastikan sistem dalaman dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh mendapat air yang cukup, kulit juga kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi.


2.Yogurt Asli



Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit. Caranya ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. amalkan 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut tau dengan kesannya nanti.


3.Beras



Cara-caranya:
-Rendam Beras semalaman.
-Keesokan harinya tos dan jemur beras tersebut hingga kering.
-Setelah kering, tumbuk atau kisar sehingga halus bersama-sama dua hingga tiga helai daun sirih, sepotong ibu kunyit dan segenggam pucuk jambu batu sehingga lumat atau hancur.
-Bancuh campuran tadi dgn air secukupnya dan sapukan pada kulit wajah.
-Selepas 15 hingga 30 minit, barulah cuci wajah anda.
-Sebaik-baiknya guna sebelum tidur,dua atau tiga kali seminggu,selamat mencuba.


4.Vivix Shaklee



-Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel. 

-Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

-Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

-Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)


CARA PUAN AZLINDA ISMAIL MENDAPATKAN KULIT WAJAH CERAH BERSERI.






Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Azlinda binti Ismail, pengguna tegar Shaklee dari beberapa tahun yang lalu.



Dulu saya sangat skeptikal nak amalkan Vivix, sebab saya tak ada sebarang penyakit dan rasa tak perlu untuk ambilnya. Saya hanya pastikan ibu saya ambil Vivix setiap hari. Sehinggalah apabila saya melihat perubahan nyata pada ibu saya, saya mula berkongsi botol Vivix dengan beliau.



Saya amalkan sekali dengan Sustained Release Vita-C dan Vitamin E Complex. Alhamdulillah, kulit saya nyata lebih moist dan tidak terlalu kering seperti dahulu. Tumit yang merekah teruk kini semakin halus dan mulus.


Lebih menyeronokkan, berat statik yang saya alami semakin menampakkan penurunan apabila lebih konsisten mengambil Vivix.

Tak sia-sia saya amalkan Vivix walaupun saya rasa saya sihat. InsyaAllah, saya mahu diri saya lebih sihat di hari-hari tua saya nanti, dan akan teruskan pengambilan suplemen yang terbaik

Korang tengah buat apa tu? Tengah tercari-cari petua untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit? Jom saya kongsikan beberapa petua yang anda boleh cuba.



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.


Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.


Untuk response yang pantas anda juga boleh:







Wednesday, 21 June 2017

TIPS UNTUK BERCUTI KE LUAR NEGARA


Anda sedang merancang atau akan pergi bercuti ke luar Negara? Selain merancang percutian anda, saya kongsikan beberapa tips yang boleh dkatakan penting untuk melancarkan percutian anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat.


TIPS UNTUK BERCUTI KE LUAR NEGARA

Dokumen



Dokumen penting perlu disediakan lebih awal -passport(pastikan tidak expired), kad pengenalan, surat doktor (untuk yang mengandung dan yang tidak sihat), tiket kapal terbang atau e-tiket (yang sudah di print).


Wang Tunai


Wang tunai penting terutama berbelanja di luar negara. Bagi yang menggunakan kredit kad, perlu teliti caj yang dikenakan. Pastikan kad debit/kredit anda diaktifkan untuk penggunaan luar negara.


Beg Pakaian



Beg pakaian mestilah yang sesuai dibawa dan sesuai dengan perancangan. Pastikan bagasi anda tidak melebihi berat jika tidak mahu dikenakan caj tambahan. 

Untuk keselamatan pula, beg digantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon. Beg juga hendaklah dikunci dengan mangga atau 'padlock' untuk mengelakkan dibuka orang yang tidak bertanggung jawab.


Pakaian


Kenalpasti keadaan cuaca di tempat yang anda akan pergi. Bawa pakaian yang bersesuaian terutama jika anda akan berada di kawasana musim sejuk.


Adaptor Kuasa

Bawa adaptor dan plug international.Boleh beli siap-siap di pasaraya dan kedai berhampiran sebelum anda bercuti. Kebanyakkan kawasan luar Negara memang tak sama lubang tempat mengecas. So, prepare siap-siap ye.

Dana Kecemasan

Yang ini pun penting, pastikan anda ada mnyediakan dana kecemasan ini untuk kegunaan jika ada apa-apa perkara yang berlaku di luar jangkaan.


Bawa supplemen



Membawa supplemen adalah tidak wajib namun anda digalakkan untuk membawanya jika ada. Suplemen boleh membantu anda kekal bertenaga dan sihat (insyaallah) sepanjang percutian anda.


TIPS PUAN SITI SARAH MOHAMAD NOOR KEKAL SIHAT DAN CERGAS KETIKA BERCUTI





Assalamualaikum..baru-baru ni saya dan keluarga bercuti ke Perth, Australia. Kami pergi pada musim bunga. Suhu memang sejuk di sana sekitar 10 darjah celcius.


Saya memang jenis tak tahan sejuk termasuklah anak kedua saya yg baru berusia 1 tahun 4 bulan. Saya pula memang ada masalah paru-paru dari kecil. Bila sejuk sangat saya akan terkena batuk gatal tu sampai berbulan-bulan. 


Setiap kali musim hujan saya akan cepat-cepat ambil Vitamin C dan Nutriferon supaya saya tak terkene batuk atau selsema. Macam anak saya yang kecil, bila musim hujan memang senang berair hidung dan berlarutan berhari-hari. Biasanya saya akan suapkannya Omega Guard atau Nutriferon supaya antibodi jadi kuat.


Vitamin C, Nutriferon, Omega gUard dan Vivix Shaklee


Jadi, sebelum ke sana saya memang dah prepare siap-siap Vitamin C, Nutriferon dan Omega Guard. Saya tambah lagi satu suplemen iaitu Vivix. Vivix nie memang bagus untuk tingkatkan sistem imunisasi kita.

Sesampai je di sana, malam tu saya terus minum vivix. Sambil-sambil tu saya suap kan pada anak-anak saya, suami dan saya bagi abang ipar minum juga. Memang setiap malam dan pagi sebelum keluar kat sana kami minum Vivix dulu.


Pulang semula dalam keadaan yang sihat

Alhamdulillah 4 hari kami di sana. Kami semua pulang ke Malaysia dalam keadaan yang sihat. Anak-anak pun sihat. Anak saya yang kecil tu adalah selsema sikit. Tu pun sekejap sangat tak sampai sehari dah baik. Anak saya yang sulong pulak relax je tak pakai baju sejuk. Sampai kene paksa pakai. Punyalah power lepas minum Vivix. Sampaikan saya terlupa nak suapkan anak Omega Guard dan Nutriferon.


Kawan-kawan yang bercadang nak bercuti ke tempat sejuk, jangan lupa bawa suplemen atleast Vivix ye. Sangat-sangat berguna. Tak seronoklah kan kalau sakit semasa bercuti.



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee, boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.







Untuk response yang pantas anda juga boleh:




TIPS KEKAL BERTENAGA KETIKA MENGERJAKAN UMRAH ATAU HAJI DI TANAH SUCI


Mengerjakan haji dan umrah di tanah suci sememangnya menjadi impian utama bagi umat islam. Gembira tak terkata apabila dijemput menjaji tetamu Allah ke sana. Alhamdulillah, saya berpeluang mengerjakan umrah pada tahun 2014. Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila menjejakkan kaki kesana.

Persediaan yang rapi perlu dilakukan sebelum berangkat ke tanah suci. Selain persedian wajib iaitu passport,visa, suntikan dan lain-lain, saya kongsikan beberapa tips penjagaan kesihatan dan kebersihan ketika berda di sana. Antara tips atau panduannya adalah:

  • Pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca di tanah suci sama ada cuaca sejuk atau panas.
  • Tutup mulut dan hidung dengan topeng muka (face mask) atau kain nipis apabila berada di kawasan yang berdebu.
  • Minum air kosong atau air zam-zam setiap kali pulang dari masjid atau selepas berjalan. Amalkan minum 2-3 liter sehari khususnya apabila panas.
  • Setiasa menjaga kebersihan diri, sentiasa basuh tangah agar tidak mudah dijangkiti penyakit berjangkit.
  • Amalkan pengambilan supplement yang dapat membantu anda kekal sihat dan bertenaga.



Semasa di tanah suci, saya membawa supplemen Shaklee iaitu vitamin c, vitalea dan performance drink. Vitamin C saya ambil untuk imunisasi dan vitalea dan PD saya ambil untuk menambah tenaga. Alhamdulillah supplemen ini membantu saya sepanjang berada di sana.



Dibawah ini saya kongsikan pula kisah puan hartini, pengalaman beliau semasa berada di tanah suci.


UMRAH BERTENAGA, KEMBALI KE TANAH AIR DENGAN SIHAT DAN GEMBIRA


SYUKUR dan gembira rasa hati bila kami sekeluarga dijemput menjadi tetamu Allah. Sebagai persediaan, selain menambah ilmu tentang ibadah, Saya banyak baca pengalaman mereka yang dah pergi. Ramai yang kata ibadat umrah ni menuntut tenaga, terutama tenaga kaki. Dan juga biasanya perubahan cuaca menyebabkan kita mudah terkena demam selsema. Terutamanya bila dah nak balik atau dah kembali ke tanah air.


Kami pergi bulan Disember musim sejuk. Memang sejuk sangat. Semasa di Madinah sangat sejuk, keluar solat subuh ke Masjid yang tak sampai 100meter pun mengetar-ngetar kesejukan walau memakai baju sejuk. 
Hari terakhir di Madinah tu dah rasa tangan nak mengelupas, bibir dah kering. Mujur saya bawak krim herba. Cepat-cepat sapu, Jadikan lotion dan pelembab muka jugak. Kulit saya jenis kering jadi bila dah mula nak mengelupas, saya sapukan krim.


Untuk kuatkan imun badan Vitamin C memang vitamin wajib setiap hari, malah Chewable Vitamin C saya letak di dalam beg sandang senang untuk dimakan dan dipas pas kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sebelah di dalam bas bila-bila masa. Masamnya tu pun menghilangkan loya di dalam bas. 


Kat sana kita takde urusan lain melainkan tumpu untuk ibadah. Di sini tidur memang tak dapat lama. Tidur lambat, bangun awal. Rugi rasanya kalau buang masa untuk tidur. Semasa di Makkah, masih sejuk tapi kurang sikit berbanding Madinah. Seawal mungkin lebih kurang dua jam sebelum Subuh tu kami dah keluar. Kalau lambat pintu favourite untuk solat di depan Kaabah akan ditutup. Kalau dah tutup kena la solat kat perkarangan masjid. Sejak saya baca buku Prof Kamil, saya nekad seboleh mungkin akan pegang tangan mak untuk bawak mak solat depan Kaabah. Maka ikhtiar selalu untuk datang masjid awal.


Jadi nak elakkan mengantuk, sebelum keluar ke masjid saya bancuhkan Performance Drink + Cinch Tea Mix. Siap bubuh dalam botol lagi. Kami bancuh dengan air zam zam biasanya. Mak saya jenis mudah juga terlelap maka ni wajib saya suapkan. Ini memang "rahsia" mata terbuka luas. InsyaAllah segar mata nak menjalani ibadat sehingga Dhuha. Nak keluar ziarah pun alhamdulillah rasa bertenaga. Kalau lupa bancuh takpe kamk bawak je siap-siap letak Cinch Tea Mix beberapa sachet kat dalam beg, nanti beli air mineral dan tuangkan. 


Ibadat tawaf dan saie memang menuntut kekuatan kaki. Saie ni ada beberapa tingkat tau. Pernah sekali kami "terpergi" di bahagian berbukit tinggi. Saya berdua bersama kakak ipar Menolak mak mertua menaiki wheelchair. sangat mencabar, memang memerlukan kudrat di sini. Alhamdulillah diberi kekuatan. Balik bilik memang wajib telan Ostematrix pil kalsium. Yang insyaAllah dapat menghilangkan lenguh lenguh letih kaki berjalan.


Yang bestnya dengan izinNya walaupun dah kembali ke tanah air. Walau dengan perubahan cuaca dan penat menjalani ibadah, kami sihat saja. Tiada demam atau batuk. Syukur alhamdulillah. 


Selain doa, kita juga perlu berikhtiar usaha untuk membolehkan kita dapat melakukan ibadah yang terbaik semasa di sana. Dan ini ikhtiar kami. 
Jika anda atau keluarga ingin menunaikan umrah, jangan lupa masukkan suplemen Shaklee sebagai list wajib untuk dibawa ke sana. Segalanya dengan izinNya



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee, boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.






Untuk response yang pantas anda juga boleh:




Tuesday, 20 June 2017

KENAPA PERLU DETOX UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN?


Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.


Manfaat detox

-Meremajakan sel-sel sehingga kulit menjadi bersih, sihat dan lembut.
-Menurunkan berat badan
-Meningkatkan tenaga
-Menghilangkan racun / toksin dalam tubuh


-Membersihkan darah
-Membaiki fungsi hati dan ginjal
-Memperbaiki kadar gula darah dan tekanan darah
-Meningkatkan daya tahan tubuh
-
Mengatasi masalah pencernaan


Bagaimana detox boleh bantu turunkan berat badan?


Sebenarnya lebihan toksin menjadi punca utama badan kita GAGAL MEMBAKAR LEMAK atau kurang efisyen dalam membakar lemak. Akibatnya, diet nak turunkan berat tapi menjadi.Jadi, sebolehnya kita perlu detox dahulu untuk membersihkan toksin bagi membantu proses penurunan berat badan.


Jom kita ikuti satu perkongsian bagaimana Puan Noorbiha menurunkan berat badan beliau dalam masa yang sama dapat binus kulit cantik.


TESTIMONI : NOORBIHA BINTI ABU

[BERAT BADAN MENURUN DAN KULIT SEMAKIN CANTIK SEJAK AMALKAN VIVIX]



Saya mula makan Vivix sebab nak bagi sorongan pada suami. Dia ada ketumbuhan (cyst) di pangkreas. Pada mulanya suami tak nak makan, saya tak memaksa suami untuk makan Vivix tu tapi saya bagi tau bahawa pengambilan Vivix nie dapat mengurangkan/ melambatkan pembesaran cyst tersebut...



Lepas tu, suami mula makan apabila dia tengok saya makan Vivix tu... tapi tu la, tak lama pun dia makan dalam 2 ke 3 minggu.. Bila saya tanyakan apa yang dia rasa, rasa sakit berkurangan dari selalu, badan dia rasa cergas dan mood dia pun semakin baik. Mood tu dari segi melakukan kerja bertambah baik... 


Konsisten makan vivix


Pada masa yang sama, saya makan jugak Vivix tu tapi tak la macam suami saya kejap makan kejap tak. Saya konsisten makan Vivix tu sampai sekarang, saya dapati kesannya agak cepat, kulit muka saya yang berminyak dulu sekarang dah kurang tak la teruk macam dulu. Berat badan saya jugak semakin menurun, yang dahulunya tidak mahu berganjak dari angka 70kg ke 72kg sekarang dah mula menjejak ke angka 69kg dan ke bawah.. 


Ini saya baru makan Vivix dalam masa 1 bulan setengah sahaja tau... Saya tak perasan pun tentang berat badan ni makin mengecil, suami tegur "makan apa sekarang badan makin slim ni" malu pulak saya bila dia tegur begitu.. Kalau saya teruskan hasilnya pasti gempak kan? 


Berat badan menurun, kulit makin cantik


Selalu saya akan makan Vivix sebelum sarapan. Kenapa boleh kuruskan badan ya Vivix ni? Vivix jugak boleh melancarkan sistem dalam usus kita, setiap hari mesti akan membuang 2 ke 3 kali. Samada kita makan banyak ke sikit ke pasti keesokan harinya kita akan ke tandas untuk membuang.


Dari luaran pula, tona kulit muka saya semakin sekata, lembut dan halus je.. Saya suka sangat, lagi-lagi kat bahagian hidung saya ni, dulu hitam dari permukaan kulit muka sekarang. Alhamdulillah... semakin cantik... Alamak terpuji diri sendiri pulak... sorry ya...



PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee, boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.

Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.




Untuk response yang pantas anda juga boleh: